Selasa, 13 September 2016

Beng Hee terus mara

ARKIB : 06/08/1998
ONG Beng Hee mara ke pusingan kelima Kejohanan Skuasy Remaja Dunia ke-10 di Universiti Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat, kelmarin.

Pemain pilihan utama itu mengambil masa kurang setengah jam untuk menewaskan pemain Jerman, Stefan Sim 9-0, 9-3, 9-2 pada pusingan keempat, kelmarin.

Beng Hee ialah peserta tunggal Malaysia yang masih tinggal pada kejohanan ini selepas dua lagi pemain negara, Mohd. Azlan Iskandar dan Kenny Ng kecundang pada pusingan ketiga, Selasa lepas.

Pemain nombor dua negara berusia 18 tahun ini akan bertemu pilihan kesembilan, Gavin Jones dari Wales yang menewaskan pemain Australia, Shane Doherty 9-10, 9-0, 9-6, 9-5.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4KD7wqG4V © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan