ARKIB : 13/09/2009
NICOL David mudah menyingkirkan
pemain Britain, Lauren Briggs 11-5, 11-4, 11-5 dalam skuasy Terbuka Britain di
Manchester, semalam.
MANCHESTER Mohd. Azlan Iskandar
melakar kejutan dengan menumbangkan bekas pemain No. 1 dunia dan juara dunia,
Thierry Lincou buat kali pertama untuk mengiringi ratu skuasy negara, Datuk
Nicol David ke suku akhir Terbuka Britain, semalam.
Bagaimanapun, kemaraan Azlan dan
Nicol gagal diiringi oleh seorang lagi pemain negara, Ong Beng Hee yang
tersingkir di pusingan kedua.
Turun sebagai pilihan ke-12,
Azlan, yang tidak pernah memenangi kesemua empat pertemuan terdahulu menentang
Lincou, juara dunia 2004 berjaya mengetepikan bintang Perancis itu 11-13, 11-4,
5-11, 14-12, 11-5 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 1 jam, 31
minit.
Kemenangan Azlan menjadikan
perebutan kejuaraan lelaki semakin terbuka selepas terdahulu, pemain tuan
rumah, James Willstrop melakar kejutan terbesar dengan menyingkirkan pemain No.
1 dunia, Karim Darwish yang menarik diri pada kedudukan 5-11, 4-2 kerana
kecederaan.
Willstrop, pilihan ke-10 kini
akan menjadi pencabar Azlan untuk merebut tiket separuh akhir, hari ini.
Sementara itu, Nicol tidak
menghadapi banyak masalah untuk meneruskan kempen memburu kejuaraan keempat
apabila mudah menyingkirkan pemain tuan rumah, Lauren Briggs 11-5, 11-4, 11-5
dalam masa 28 minit.
Kemenangan tersebut bakal
menemukan juara dunia itu dengan pencabar dari Ireland, Madeline Perry, yang
mara selepas menumpaskan pemain Denmark, Line Hansen 11-9, 11-5, 11-2.
Begitupun harapan untuk melihat
seorang lagi pemain Malaysia berada di suku akhir berakhir selepas Beng Hee
terpaksa akur dengan kekalahan 7-11, 7-11, 8-11 kepada pemain tuan rumah dan
pilihan keenam, Peter Barker.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5YLhTDpMR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan