ARKIB : 02/08/2009
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
NICOL David (kiri)beraksi
menentang Alison Waters pada aksi akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia-CIMB
2009 di The Curve, Damansara, Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA Bukan sahaja
dapat mempertahankan kejuaraan malah Datuk Nicol David muncul sebagai pemain
wanita yang paling banyak meraih gelaran Terbuka Malaysia mengatasi Michelle
Martin dari Australia (1991,1992, 1993 dan 1994).
Pemain nombor satu dunia itu
meraih gelaran kelima Terbuka Malaysia berturut-turut selepas menewaskan Alison
Waters dari England 11-6, 11-8, 9-11, 11-7 dalam saingan akhir di pusat
membeli-belah The Curve.
Walaupun menang mudah pada set
pertama, lawannya yang merupakan pemain pilihan keempat mula mempamerkan
peningkatan pada set kedua dan menewaskan Nicol di set ketiga.
Namun pemain kelahiran Pulau
Pinang itu tidak mudah melatah untuk mencatat kemenangan di set terakhir dan
pada satu ketika meninggalkan lawannya 4-0 sebelum disamakan Waters 5-5 dan
menang 11-7 mengakhiri perlawanan dalam tempoh sejam itu.
Nicol yang beraksi pada
perlawanan akhir kejohanan tersebut buat kali ketujuh berturut-turut berkata,
dia menjangkakan saingan yang sengit dari Waters bagaimanapun bertekad untuk
mengerah segala kudrat yang ada.
Saya cuba memberi persembahan
terbaik walaupun tewas pada set ketiga dan di set penentuan saya berasa lega
apabila beraksi untuk mata akhir kejohanan, katanya selepas saingan tamat
semalam.
Kata Nicol, dia akan pulang ke
Pulau Pinang selepas ini untuk berehat dan menghadiri perkahwinan kakaknya.
Saya tidak perasan bahawa ini
kejuaraan kali kelima saya dan berjanji akan melakukan yang terbaik di Terbuka
Singapura minggu depan, katanya yang meraih hadiah wang tunai AS$$8,122
(RM29,500).
Kemenangan tersebut melebarkan
rekod Nicol ke atas Waters 10-0 dan meraih gelaran juara buat kali keempat
musim ini selepas menang di Terbuka Cayman Island, Texas dan Seoul.
Sementara itu dalam kategori
lelaki, pemain pilihan utama Amr Shabana tidak menghadapi masalah untuk
mengenepikan Nick Matthew dari England 5-11, 11-9, 11-6, 11-4 .
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5YIzsspOJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan