ARKIB : 04/05/2000
KEJOHANAN Terbuka Malaysia,
Ogos depan akan menjadi gelanggang kejohanan terakhir buat puteri skuasy
negara, Nicol David sebelum mengambil rehat yang panjang untuk memberi tumpuan
kepada pelajaran, NORZIE MOHD. KHASBI melaporkan.
Nicol, 17, akan beraksi dalam
empat kejohanan sebelum melupakan skuasy buat sementara waktu dan menumpukan
persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang akan
diduduki pada hujung tahun ini.
Menurut Nicol, dia tidak
meletakkan sebarang sasaran dalam keempat-empat kejohanan terakhir yang akan
disertai tetapi berharap untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia di Hong
Kong, Julai ini.
''Saya akan memperlahankan
sedikit aktiviti skuasy untuk memiliki rehat yang cukup dalam menyiapkan diri
menghadapi SPM,'' katanya pada sidang akhbar penajaan bersama Hotel Equatorial
di Kuala Lumpur, semalam.
''Saya akan merindui skuasy
tetapi saya perlu mengambil keputusan yang terbaik kerana saya juga tidak mahu
mengabaikan pelajaran,'' katanya, yang memperoleh 7A pada peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR), dua tahun lalu.
Selain Terbuka Malaysia dan
Kejohanan Asia, Nicol juga akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Pulau
Pinang akhir bulan ini, sebelum beraksi pada Kejohanan Terbuka YTL, bulan
depan.
Antara gelaran utama yang
pernah dirangkul pemain kelahiran Pulau Pinang ini adalah juara remaja Asia,
juara Asia, juara Sukan Asia, juara Sukan SEA dan beberapa kejohanan peringkat
umur antarabangsa.
Bulan lalu, Nicol muncul naib
juara Terbuka Milo 2000, kejohanan sulung sejak bergelar pemain profesional.
Nicol dijangka melonjak ke kedudukan 30 ranking terbaik Persatuan Pemain Skuasy
Wanita Profesional Antarabangsa (WISPA), yang akan diumumkan minggu depan.
Sementara itu, kecemerlangan
yang dipamerkan oleh Nicol terus membolehkannya menerima pelbagai sumbangan dan
semalam Hotel Equatorial mengumumkan penajaan selama dua tahun ke atas pemain
kelahiran Pulau Pinang itu.
''Bagaimanapun kami tidak dapat
mendedahkan jumlah sebenar penajaan yang diberikan kepada Nicol atas permintaan
kedua ibu bapanya,'' kata Timbalan Presiden Perhubungan Korporat Hotel
Equatorial, Donald Lim.
''Kami harap penajaan ini
sedikit sebanyak dapat membantu Nicol unt
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4TOuQIiaX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan