Kuala Lumpur: Ratu skuasy
negara Datuk Nicol David (gambar) dipaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan
tempat ke suku akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.
Pada aksi pusingan kedua
semalam, Nicol yang memburu kejuaraan kali ke-11 berturut-turut, beraksi lima
set sebelum menewaskan Joelle King dari New Zealand 11-7, 7-11, 9-11, 11-8,
11-5 dalam tempoh 62 minit.
Di pusingan pertama kelmarin,
bekas pemain nombor satu dunia itu turut bergelut dengan permainan lima set
untuk menewaskan pemain ranking ke-28 dunia, Tesni Evans dari Wales.
“Joelle berjaya mengawal rentak
permainan dengan baik sepanjang perlawanan.
“Jadi saya tahu perlu fokus
terhasap corak permainan sendiri dan akhirnya berjaya melakukannya sehingga ke
perlawanan terakhir,” katanya.
Pada aksi suku akhir hari ini,
Nicol bakal bertemu Camille Serme dari Perancis.
Camille tidak berdepan masalah
menewaskan wakil tuan rumah Ho Tze Lok 11-5, 11-5, 11-4 dalam tempoh 25 minit.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 8:49 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan