Khamis, 16 Mac 2017

Nicol kecundang



ARKIB : 10/03/2001
BINTANG skuasy negara, Nicol David gagal melepasi rintangi pusingan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Munich di Jerman semalam apabila kalah kepada pemain pilihan kedua Sarah Fitz-Gerald dari Australia.

Pemain wanita nombor satu negara itu tumpas 5-9, 3-9, 0-9 kepada pemain yang mempertahankan kejuaraannya.

Fitz-Gerald yang berada pada ranking ketiga dunia hanya mengambil masa 21 minit untuk menewaskan Nicol, demikian menurut kenyataan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) di Kuala Lumpur, semalam.

Nicol yang berlatih bersama Fitz-Gerald dan beberapa pemain Australia yang lain di Amsterdam minggu lepas telah layak ke pusingan pertama itu setelah menang dua perlawanan kelayakan.

Nicol telah menewaskan pemain Belanda, Milija Dorenbos dan pemain nombor 27 dunia, Senga MacFie dari Scotland pada pusingan kelayakan.

Kejohanan di Munich itu adalah kejohanan kedua yang disertai Nicol selepas berehat selama lima bulan bagi menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.

Pada kejohanan pertamanya selepas berehat iaitu Terbuka Kuala Lumpur bulan lepas, Nicol tersungkur pada peringkat suku akhir. - Bernama

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4bUCAa6lh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan