ARKIB : 23/08/2003
Oleh DALLIA DUNSTAN
NICOL David (kanan) memberikan
tumpuan sepenuhnya pada perlawanan separuh akhir menentang Shelly Kicthen dari
New Zealand pada Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Malaysia 2003 di Pusat Skuasy
Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - Gambar ASWAD YAHYA.
JUARA remaja dunia dua kali,
Nicol David berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas mengalahkan
pemain ranking ke-16 dunia, Shelly Kicthen dari New Zealand pada separuh akhir
kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Malaysia 2003 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit
Jalil semalam.
Nicol, 20, yang kini menduduki
ranking ke-39 terpaksa bekerja keras selama 63 minit untuk menundukkan lawannya
yang merupakan pilihan kelima kejohanan dalam lima set 1-9, 4-9, 9-3, 10-9, 9-4
untuk menempah pertemuan dengan pilihan kedua, Cassie Jackman dari England
dalam perlawanan akhir hari ini.
Cassie yang menduduki ranking ke-9
dunia berjaya mengetepikan rakan senegaranya, pilihan keempat kejohanan
Stephanie Brind 5-9, 9-1, 9-1, 9-4 dalam perlawanan hampir setengah jam itu.
Nicol daripada pusingan kelayakan
memberikan tentangan yang sengit kepada Kitchen selepas dia (Nicol) tewas pada
set pertama dan kedua.
Pada set pertama dan kedua, Nicol
gagal menyaingi permainan Kicthen yang banyak menguasai bahagian hadapan
gelanggang untuk mendapat mata.
Bagaimanapun Nicol yang merupakan
pemenang pingat emas Sukan Asia bangkit pada set ketiga selepas Kitchen hilang
tumpuan sehingga membolehkan Nicol memenangi set itu.
Bagaimanapun Kitchen cuba
mengatur strategi untuk memenangi set keempat tetapi Nicol yang dapat membaca
permainan lawannya cuba untuk mengembalikan setiap hantaran Kitchen untuk
memberikan mata demi mata kepada Nicol.
Pada set keempat itu, Nicol
berjaya mendahului Kitchen 4-0 sehingga mata terikat 9-9, kedua -dua pemain
bertukar servis pada mata akhir sebanyak tujuh kali sebelum Nicol bijak
mematikan percubaan lawannya untuk mendapatkan mata akhir untuk menang set itu.
Pada set kelima, Nicol yang mula
yakin dengan permainannya bermula baik untuk mendahului 7-1 sehingga Kicthen
mendapat servis untuk menambah mata kepada 4-7 tetapi Nicol bijak menukar corak
permainannya untuk memenangi set itu dengan 9-4.
Nicol berkata, pada set pertama
dan kedua, Kicthen bermain dengan baik dan dia banyak menguasai gelanggang.
``Saya kembali pada set ketiga
dan keempat di mana jumlah mata di antara kami amat tipis kerana masing-masing
cuba untuk memenangi kedua -dua set itu,'' katanya.
Menurut Nicol, set kelima dia
mula yakin dan permainannya mula menjadi untuk memenangi set itu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dHt3yvrG©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan