ARKIB : 22/08/2003
Oleh DALLIA DUNSTAN
PEMAIN negara, Nicol David
mencatatkan kemenangan mengejut selepas mengenepikan pemain yang menduduki
ranking ke-10 dunia, Jenny Tranfield dari England 9-6, 9-2, 9-3 untuk layak ke
separuh akhir kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Malaysia 2003 di Stadium Skuasy
Nasional, Bukit Jalil semalam.
Nicol, ranking ke-39 dunia tidak
menghadapi masalah mengalahkan Tranfield yang diletak sebagai pililihan ketiga
dengan hanya mengambil masa 18 minit untuk menamatkan perlawanan.
Bagaimanapun Nicol bakal
menghadapi ujian getir menentang pilihan kelima, Shelly Kicthen dari New
Zealand pada separuh akhir hari ini.
Mengulas perlawanan semalam,
Nicol berkata, dia telah bekerja keras dalam perlawanan itu dan gembira kerana
usahanya berhasil.
``Saya memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam perlawanan itu. Faktor penting kemenangan saya ialah
ketenangan ketika beraksi.
``Saya gembira kerana berjaya
mencatatkan kemenangan dan berharap akan mengalahkan Kicthen pada separuh akhir
hari ini,'' katanya.
Dalam perlawanan suku akhir
lainnya, Shelly mengalahkan pemain pilihan pertama, Rebecca Macrie dari England
7-9, 9-2, 10-8, 6-4 (memberi kemenangan).
Macrie terpaksa menarik diri pada
set keempat kerana demam.
Mengenai pertemuannya dengan
Shelly, Nicol berkata, ia akan menjadi pertemuan keduanya dengan pemain dari
New Zealand itu.
``Kali terakhir saya bertemu
Shelly ialah April lalu pada Terbuka Texas tetapi saya tewas 3-1 ketika itu,''
katanya.
KEPUTUSAN (Suku akhir):
(5) Shelly Kicthen (NZL) kln (1)
Rebecca Macrie (Eng) 7-9, 9-2, 10-8, 6-4 (beri kemenangan); NICOL DAVID (MAS)
kln (3) Jenny Tranfield (ENG) 9-6, 9-2, 9-3; (4) Stephanie Brind (ENG) kln (6)
Madeline Perry (IRL) 10-8, 9-2, 6-9, 9-6; (2) Cassie Jackman (ENG) kln (7)
Rebecca Chiu (HKG) 9-0, 9-3, 9-3.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dHodOOeI©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan