Selasa, 4 April 2017

Nicol bermula cemerlang



ARKIB : 19/08/2003
Oleh Dallia Dunstan
 PEMENANG pingat emas Sukan Asia, Nicol David melakarkan kemenangan pertama pada pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Malaysia di Pusat Skuasy Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur semalam.

Nicol yang menduduki ranking ke-39 dunia tidak menghadapi sebarang tekanan untuk menyingkirkan rakan senegaranya, Shenny Ong, 9-1, 9-0, 9-0 dalam perlawanan yang hanya mengambil masa kurang 15 minit itu.

Nicol, 20, berkata, ini adalah perlawanan yang mudah bagi dirinya dan tidak menghadapi sebarang tekanan untuk memenanginya.

``Sasaran saya adalah untuk melayakkan diri ke perlawanan utama esok dan berharap untuk meneruskan kecemerlangan ini dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua esok (hari ini),'' katanya yang muncul kali pertama di hadapan penonton tempatan selepas berehat tahun lalu.

Mengulas mengenai lawannya pada pusingan kedua kelayakan hari ini di mana dia akan bertemu pemain Jepun, Kozue Onizawa, Nicol berkata, ini adalah kali pertama dia bertemu Onizawa.

``Saya akan bermain sebaik mungkin dan berharap semua strategi saya akan berjalan lancar esok (hari ini),'' katanya.

Sementara itu, Nicol berkata, dia akan kembali ke Amsterdam September ini untuk meneruskan latihan di bawah bekas pemain nombor dua dunia dari Australia Liz Irving.

``MSN dan Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM) telah bersetuju untuk menghantar saya ke Amsterdam sekali lagi dengan Sharon Wee,'' katanya.

Manakala, seorang lagi pemain skuad kebangsaan, Tricia Chuah turut tidak menghadapi masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas menundukkan seorang lagi pemain remaja, Nabilla Arifin dengan straight set, 9-0, 9-1, 9-0.

Sementara itu, empat lagi pemain negara, Azaliana Azahari, Fatin Balqis, Sarah Jane Mathew dan Puhppa Dewi gagal ke pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing -masing.

Keputusan

pusingan pertama kalayakan

Sarah Kippax (ENG) kln AZALIANA AZAHARI (MAS) _ 9-0, 9-2, 9-0; NICOL DAVID (MAS) kln SHENNY ONG (MAS) _ 9-1, 9-0, 9-0; Kozue Onizawa (JPN) kln FATIN BALQIS 9-0, 9-0, 9-0; Katline Cauwels (BEL) kln SARAH JANE MATHEW 9-0, 9-2, 9-0; Kate Roe (ENG) kemenangan percuma MUNIRHAH ARIFFIN (MAS);TRICIA CHUAH (MAS) kln NaBILLA ARIFFIN (MAS) 9-0, 9-1, 9-0; VICKY LANCASTER (ENG) kln PUSHPPA DEWI (MAS).

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dHe9uZGI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan