ARKIB : 07/09/2008
KUALA LUMPUR - Laluan untuk
mempertahankan gelaran Terbuka Belanda tampak semakin berliku kepada ratu
skuasy negara, Datuk Nicol David (gambar) apabila terus dipaksa bekerja ke-ras
dalam suku akhir kelmarin untuk mara ke separuh akhir.Khamis lalu, pemain
Perancis, Isabelle Stoehr nyaris menundukkan dia pada pusingan pertama Khamis
lalu dan pemain kelahiran Pulau Pinang itu sekali lagi dipaksa berkerja keras
selama sejam pula untuk mengatasi Laura Lengthorn-Massaro dari England semalam.
Namun Nicol, pemain nombor satu
dunia sejak 26 bulan lalu tetap berjaya menumpaskan Laura yang juga pilihan
keenam kejohanan, 11-5, 11-4, 9-11, 9-11, 11-6 dalam perlawanan yang
mendebarkan di Stadium Frans Otten.
Nicol, seterusnya akan
menentang pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger yang mengalahkan Jenny
Duncalf juga dari England, 11-8, 11-3, 11-2 selepas perlawanan suku akhir
selama 24 minit
Laura mengubah rentak permainan
yang mulanya berat sebelah sehingga kembali menjadi seimbang dalam set ketiga
dan keempat dengan membalas setiap pukulan dan asakan lawan sambil mengawal
kukuh setiap inci gelanggang.
Nicol yang memburu gelaran
ketujuh tahun ini selepas Terbuka Apawamis, Kuala Lumpur, Britain, Seoul,
Malaysia dan Master Singapura, bagaimanapun mendahului 6-0 pada set terakhir.
Laura lebih banyak bertahan
buat seketika untuk menyimpan tenaga yang dikerah sebelumnya dan cuba mengheret
lawan bermain rali tetapi jurang matanya yang terlalu jauh dan sedikit
kesilapan memaksanya menyerah 11-6.
Kata Nicol: "Saya tahu ia
sukar kerana Laura semakin meningkat dalam ranking. Dia sentiasa bangkit dan
memang sukar menentangnya. Kawalan gelanggangnya bagus hingga saya terpaksa
lebih pantas dan usaha keras."
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz50NXz4tle
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan