ARKIB : 08/06/2008
Nicol David
KUALA LUMPUR - Nicol David
meraikan penghormatan menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B)
sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
dengan merangkul kejuaraan skuasy Terbuka Seoul, semalam.
Pemain nombor satu dunia itu
menundukkan musuh tradisi dan pemain nombor tiga dunia, Rachel Grinham dari
Australia 9-5, 10-9, 9-5 dalam perlawanan akhir.
Ini merupakan kejuaraan Jelajah
Wispa (Persatuan Pemain Profesional Wanita Antarabangsa) keempat berturut-turut
buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu sepanjang 2008.
Nicol, 24, sebelum ini turut
memenangi Terbuka Apawamis (Februari), Terbuka KL (Mac) dan Terbuka Britain
(Mei).
Pada separuh akhir kelmarin,
Nicol menundukkan Alison Waters dari England 10-8, 9-7, 9-5, manakala Grinham
menang 6-9, 9-6, 9-4, 9-5 ke atas Laura Lengthorn-Massaro, juga dari England.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zaCm6MnA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan