ARKIB : 14/05/2008
KUALA LUMPUR - Ratu skuasy
negara, Nicol David merampas kejuaraan Terbuka Britain yang terlepas dari
genggaman tahun lalu apabila dengan mudah menewaskan pemain tuan rumah Jenny
Duncalf 9-1, 10-8, 9-0 pada perlawanan akhir di Liverpool, semalam.
Ia merupakan kejuaraan ketiga
Nicol di kejohanan tersebut selepas mengunggulinya pada 2005 dan 2006.
Kejuaraan itu lebih bermakna
buat pemain nombor satu dunia itu apabila dinobat sebagai Olahragawati
Kebangsaan 2007 pada majlis Anugerah Sukan Negara 2007 di sini, semalam yang
dihadiri oleh Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurut Nicol, dia gembira
kerana kembali menjulang kejuaraan Terbuka Britain.
''Walaupun menang di sini,
masih terlalu awal untuk saya memikirkan soal merampas kembali kejuaraan di
Terbuka Dunia,'' katanya.
Duncalf, pemain kurang ternama
yang beraksi pada final pertama dalam karier hanya memberi tentangan pada set
kedua.
Mudah mengalah 1-9 di set
pertama, Duncalf cuba bangkit diset kedua sehingga berjaya mengikat mata 7-7
sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Nicol untuk menyerah 8-10 di
set kedua.
Nicol tidak memberi ruang
kepada lawan apabila menang 9-0 di set terakhir
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4zTwr4EZs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan