ARKIB : 02/08/2008
SINGAPURA - Ratu skuasy negara,
Datuk Nicol David melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam enam kejohanan
berturut-turut apabila mara ke final Masters Singapura, semalam.
Nicol, yang masih segar dengan
kejayaan mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia minggu lalu, mara selepas
menundukkan pemain Ireland, Madeline Perry 11-9,11-4,11-7 di Pusat Skuasy
Kallang.
Pemain nombor satu dunia itu
kini akan menentang musuh tradisi dan pemain nombor tiga dunia, Rachael Grinham
dari Australia yang mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir
12-10,10-12,11-6,11-4.
"Apabila anda sedang
bertanding dalam kejohanan, anda tidak akan memikirkan tentang kejuaraan dan
pencapaian lampau. Apa yang perlu anda lakukan adalah melepasi pencabar anda
tanpa memikirkan tentang statistik.
"Rachael sama seperti
adiknya, Natalie, kedua-duanya adalah pencabar yang sukar dan kental. Saya
tidak menjangka diberi laluan mudah esok (hari ini),'' kata Nicol.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4zowgKYXl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan