ARKIB : 03/08/2008
KUALA LUMPUR - Ratu skuasy
negara, Datuk Nicol David nyata terlalu unggul apabila merangkul gelaran keenam
berturut-turut musim ini selepas menundukkan juara dunia, Rachael Grinham pada
kejohan-an Masters Singapura, semalam.Walaupun masih menyesuaikan diri dengan
sistem mata baru dan kalah pada set pertama, namun pemain nombor satu dunia itu
berjaya menang 8-11, 11-3, 11-5, 11-8.
Ini merupakan kemenangan
kelapan berturut-turut buat Nicol sejak memenangi kejohanan Qatar Classic pada
November tahun lalu.
Malah, ia juga adalah gelaran
profesional ke-30 buat juara dunia dua kali itu sepanjang kariernya, selain
melebarkan rekod kemenangannya ke atas bintang Australia, Grinham kepada 16-1.
Meskipun puas mendominasi
pentas skuasy wanita dunia sejak beberapa tahun lalu, namun Nicol mengakui,
jadual pertandingan yang ketat menyebabkan dia kini keletihan.
"Saya perlu berehat,
terutama selepas merangkul dua kejuaraan berturut-turut (Terbuka Malaysia dan
Masters Singapura), di mana saja diuji dengan beberapa perlawanan yang sengit.
"Hari ini, saya menghadapi
cabaran sukar Rachael. Dia melakukan pelbagai jenis pukulan, namun kesabaran
saya melayani rentak lawan hingga ke akhir permainan, menyumbang kepada
kemenangan ini,'' ujar Nicol.
Menurut Nicol, yang akan
menyambut ulang tahun ke-25 pada 26 Ogos ini, dia akan berehat selama sebulan
sebelum kembali untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Belanda pada 2-7
September ini.
Sementara itu dalam
perkembangan lain, pemain lelaki nombor dua negara, Mohd. Azlan Iskandar
melangkah ke suku akhir pada kejohanan skuasy Terbuka Petrosport di Mesir
selepas menundukkan pemain tuan rumah, Hisham Ashour 9-11, 11-5, 8-11, 11-4.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4zrNKWKw2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan