Isnin, 4 Disember 2017

Nicol kekal juara No.1 dunia

ARKIB : 02/09/2008
 
Nicol David

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David berjaya mengekalkan status pemain nombor satu dunia untuk 26 bulan berturut-turut dalam ranking terbaru Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya memintas rekod pencapaian juara dunia lima kali Sarah Fit-Gerald dari Australia yang mendahului senarai ranking WISPA selama 24 bulan berturut-turut mulai November 1996.

Pemain Australia itu kemudian mencapai status pemain nombor satu dunia selama 40 bulan sebelum mengambil keputusan bersara pada 2003.

Dalam ranking WISPA semalam, Nicol, 24, mengumpul purata 2,940.588 mata selepas memenangi enam kejuaraan dalam Jelajah Dunia WISPA tahun ini iaitu Terbuka Marsh Apawarnis, Terbuka KL CIMB, Britain, Seoul, Malaysia dan CIMB Singapore Masters.

Pemain Australia, Rachael Grinham mengekori di belakang Nicol dengan pungutan purata 1,858.048 mata diikuti Natalie Grinham dari Belanda dengan 1,842.941 mata.

Pemain Malaysia lain yang turut tersenarai dalam ranking 241-pemain WISPA ialah Sahron Wee di tangga ke-22, Delia Arnold (36), Tricia Chuah (43), Lim Yoke Wah (51), Low Wee Wern (54), Siti Munirah Jusop (61), Pushppa Devi (82), Tan Yan Xin (83), Nessrine Ariffin (94), Zulhijjah Azan (104), Kuan Choy Lin (121), Wei Lin Hooi (130), Nabilla Ariffin (163) dan Jo Ann Jee di tangga ke-192.

- Bernama
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz50LrP1mh0

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan