Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketika usia Datuk
Nicol David (gambar) menjengah 32 tahun dan bertemu lawan berusia 39 tahun
Rachael Grinham pada pusingan pertama, pemain negara itu sedar kekalahan di
tangan Nour El Sherbini pada suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Bukit
Jalil kelmarin bukan penamat segala-galanya.
Mengapa dia perlu mengalah
ketika Nicol menegaskan dia mampu terus menjadi igauan dan pencabar utama dalam
arena skuasy dunia.
Mengakui kecewa beriuktan
kekalahan kali kelima berturut-turut di tangan Nour, Nicol pantas menafikan
soalan yang diajukan kepadanya bahawa sudah sampai masanya untuk dia memikirkan
persaraan.
“Kecewa memang kecewa tapi
belum masanya untuk bersara,” tegasnya.
Gagal merangkul gelaran dunia
buat kali kesembilan selepas tewas kepada Nour 12-14, 11-4, 3-11, 7-11 pada
suku akhir kelmarin, Nicol berkata, dia masih mampu untuk melangkah dan terus
melakar sejarah dalam dunia skuasy.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 6:54 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan