ARKIB : 16/04/2007
KUALA LUMPUR Olahragawati
Kebangsaan 2006, Nicol David menghampiri gelaran ketiganya tahun ini dengan
mara ke separuh akhir Klasik Qatar dengan menewaskan pemain Mesir, Omneya Abdel
Kawy, semalam.
Ratu skuasy negara kelahiran
Pulau Pinang dan berusia 23 tahun itu menang 9-1, 9-0, 9-3 pada perlawanan suku
akhir yang cuma memakan masa 22 minit di Pusat Skuasy Khalifa, Doha, Qatar itu.
Nicol, juara Terbuka Kuala
Lumpur (bulan lalu) dan Terbuka Kuwait, minggu lalu, akan menentang pemain
England, Tania Bailey pada separuh akhir hari ini.
Sementara itu, pemain utama
lelaki negara, Ong Beng Hee sekadar terdaya pada pusingan kedua setelah
dikalahkan pemain Australia, David Palmer 7-11, 9-11, 4-11 selepas 46 minit.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tWalxyM8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan