Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Rentak permainan
ratu skuasy negara Datuk Nicol David terus konsisten apabila melakar kemenangan
mudah ke atas pemain dari England Alison Waters pada pusingan kedua untuk mara
ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit
Jalil semalam.
Nicol menguasai pertarungan
tiga set 11-9, 11-3, 11-5 dalam saingan yang memakan masa 39 minit.
Aksi pusingan pertama kelmarin
banyak memberi pengajaran bermakna buat Nicol untuk tidak mengulangi kesilapan
yang sama apabila turun bertemu Alison.
Namun, selepas menguasai dua
set awal dan hanya memerlukan tujuh minit untuk menang 11-3 di set kedua, corak
permainan Alison sedikit berubah di set ketiga.
“Alison mendahului saya empat
mata di depan di set ketiga. Dia bermain rali dengan baik hingga membolehkan
dia mendahului selesa.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:42 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan