ARKIB : 17/03/2007
KUALA LUMPUR Ratu skuasy
negara, Nicol David menghampiri kejuaraan sulungnya tahun ini dengan mara ke
perlawanan akhir Terbuka Kuala Lumpur selepas menewaskan Vanessa Atkinson dari
Belanda 9-7, 9-7, 9-3 pada separuh akhir di Berjaya Times Square, semalam.
Dia akan menentang pemain
Australia, Natalie Grinham yang menewaskan kakaknya, Rachael Grinham 9-5, 9-1,
9-5 dalam satu lagi separuh akhir selepas 38 minit.
Namun Nicol, pemain utama dunia
terpaksa berhenti dua minit akibat luka betis kiri ketika mendahului 7-6 dalam
set kedua. Ia hanya luka kecil. Saya tidak menyedarinya kerana asyik dengan
permainan. Saya hanya berfikir positif sedangkan lawan terlalu kecewa lalu
memberikan saya kelebihan.
Bagi penentuan gelaran lelaki,
pemain Mesir, Mohammed Abbas menewaskan Nick Matthew dari England 11-0 (2-0),
5-11, 11-9, 6-11, 11-9 untuk menentang pemain Australia, Stewart Boswell yang
menewaskan Karim Darwish (Mesir) pada separuh akhir, 8-11, 11-4, 11-8, 5-11,
11-6.
JADUAL HARI INI (perlawanan
akhir)
3 ptg.: Mohammed Abbas (EGY)
lwn. Stewart Boswell (AUS); 4 ptg: NICOL DAVID (MAS) lwn. Natalie Grinham (AUS)
(Berjaya Times Square, Kuala Lumpur).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tPRV5TWV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan