Isnin, 18 September 2017

Nicol menang mudah



Aida Adilah Mat
 
Kuala Lumpur :Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David meneruskan langkah mempertahankan gelaran juara dunia apabila mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Nicol melakarkan kemenangan mudah dalam pertarungan tiga set yang berkesudahan 11-9, 11-3, 11-5 dalam pertarungan yang memakan masa 39 minit ke atas pemain England Alison Waters.

Bagaimanapun, Nicol berdepan laluan sukar di suku akhir apabila dia dijangka bertemu Nour El Sherbini. Nicol tewas kepada Nour dalam empat pertemuan mereka sebelum ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 7:55 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan