ARKIB : 29/04/2007
KUALA LUMPUR Rekod tanpa
kalah ratu skuasy negara, Nicol David akhirnya lebur sekali gus kempunan meraih
gelaran keempat tahun ini pada Terbuka Seoul, semalam.
Turut mengejutkan ialah
kekalahan Nicol yang begitu mudah kepada musuh ketat, Natalie Grinham dari
Australia 4-9, 4-9, 0-9 pada perlawanan akhir kejohanan yang bernilai AS$50,000
(RM171,025) dalam tempoh 43 minit.
Kejayaan Natalie, pilihan kedua
kejohanan di Plaza Seoul ini turut menebus empat siri kekalahannya kepada Nicol
yang merangkumi perlawanan akhir Terbuka Dunia (November 2006), Terbuka Kuala
Lumpur (Mac lalu), Terbuka Kuwait dan Klasik Qatar (awal bulan ini).
Kekalahan Nicol, 23,
bagaimanapun dijangka tidak menggugat kedudukan teratasnya dalam senarai
Persatuan Pemain Profesional Wanita Antarabangsa (WISPA) selepas dia mengumpul
gelaran Terbuka Kuala Lumpur,Kuwait dan Klasik Qatar.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4tYaSisKf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan