ARKIB : 23/10/2006
NICOL Ann David (kiri) dan Amr
Shabana dari Mesir bersama trofi selepas masing-masing muncul juara wanita dan
lelaki pada Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong, semalam.
KUALA LUMPUR Ratu skuasy
negara, Nicol David melebarkan rekod 22 perlawanan tanpa kalah selepas
menumpaskan Tania Bailey dari England untuk muncul juara Terbuka Hong Kong
semalam.
Pemain nombor satu dunia dan
juara dunia itu hanya memerlukan 41 minit untuk menundukkan pilihan ketujuh,
Bailey 9-1, 10-8, 9-5 pada saingan akhir di Pusat Skuasy Hong Kong.
Ini merupakan gelaran
antarabangsa keenam Nicol sepanjang 2006 selepas turut menjuarai Cabaran Qatar
Airways, Terbuka Malaysia, Terbuka Pulau Pinang, Terbuka Britain dan muncul
juara Asia.
Kemenangan ke atas Bailey bukan
saja mengukuhkan lagi ranking pemain negara itu menjelang Kejohanan Terbuka
Dunia di Ireland, November ini, malah melayakkannya membawa pulang AS$12,750
(RM46,875).
Nicol, 23, yang ketinggalan 1-8
pada set kedua sebelum bangkit memenangi perlawanan 10-8, melebarkan rekod kemenangannya
ke atas Bailey kepada 4-0.
Pemain kelahiran Pulau Pinang
itu tidak pernah kalah dalam semua perlawanan sejak mengalami kegagalan
mengecewakan pada Sukan Komanwel di Melbourne, Mac lalu.
Sementara itu pemain nombor
satu dunia, Amr Shabana dari Mesir menumpaskan rakan senegara, Ramy Ashour
11-10 (3-1), 3-11, 11-5, 11-10 (3-1) untuk muncul juara lelaki.
KEPUTUSAN (akhir)
LELAKI: Amr Shabana (Egy) kln
Ramy Ashour (Egy) 11-10 (3-1), 3-11, 11-5, 11-10 (3-1)
WANITA: NICOL DAVID (MAS) kln
Tania Bailey (Eng) 9-1, 10-8, 9-5
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4s5TQIbSy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan