ARKIB : 16/10/2001
RATU skuasy negara, Nicol David
gagal untuk melayakkan diri ke suku akhir selepas tewas kepada pemain nombor
empat dunia, Linda Charman Smith pada kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Australia
2001 di Melbourne, Australia semalam.
Linda ternyata bukan tandingan
Nicol apabila juara remaja Asia itu kecundang 9-3, 9-1, 9-2 dalam permainan
yang mengambil masa hanya 18 minit sahaja.
Pengarah Kejurulatihan
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, kekalahan
Nicol kepada pemain England itu bukan satu kejutan.
``Linda ternyata lebih
berpengalaman untuk menguasai permainan di gelanggang dan mempunyai pukulan kencang,''
katanya ketika dihubungi di Melbourne, Australia semalam.
Sementara itu, seorang lagi
pemain negara, Yap Kok Four turut kecundang pada pusingan pertama kejohanan
individu skuasy Lelaki Dunia WSF di Australia apabila tewas straight set kepada
pemain Pakistan, Hijaz dengan 9-8, 9-6, 9-3.
``Secara keseluruhannya saya
berpuas hati dengan persembahan Kok Four walaupun dia tewas,''
``Ini adalah kerana Kok Four
bermain bersungguh-sungguh sebelum tewas kepada Hijaz,'' katanya.
Dua pemain negara lain yang
akan turun pada pusingan pertama esok (hari ini) ialah Kenneth Low dan Mohd
Azlan Iskandar yang akan memulakan persaingan mereka pada kejohanan yang sama.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4bliaXqNV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan