Selasa, 28 Mac 2017

Dua pemain Malaysia ke suku akhir

ARKIB : 14/02/2003
KENNETH (kiri) cuba mengembalikan pukulan Mike Corren dari Australia pada pusingan pertama Terbuka Kuala Lumpur 2003 di Pusat Skuasy MSN, Kuala Lumpur semalam. - Gambar GAIE UCHEL.

DUA pemain negara berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur 2003 selepas menundukkan lawan masing-masing pada pusingan pertama di Pusat Skuasy Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur semalam.

Mohd. Azlan Iskandar yang merupakan pilihan kedua kejohanan tidak menghadapi sebarang masalah menewaskan pemain senegara, Kelvin Ho, 15-8, 15-8, 15-10.

Azlan akan bertemu pemain pilihan kelima, Gavin Jones dari Wales selepas Jones memperoleh kemenangan percuma ketika menentang pemain Ireland, John Rooney dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Manakala seorang lagi pemain negara yang berjaya melayakkan diri ke suku akhir ialah Sharon Wee dalam bahagian wanita.

Sharon yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menundukkan pemain daripada pusingan kelayakan, Miyuki Adachi dari Jepun dalam straight set 9-0, 9-1, 9-1.

Sharon berkata, dia amat gembira kerana berjaya menewaskan Adachi.

``Saya berharap akan meneruskan kecemerlangan ini pada pertemuan menentang Wendy Maitland dari Scotland esok (hari ini),'' katanya selepas perlawanan itu.

Sementara itu, empat lagi pemain negara gagal ke suku akhir selepas terkandas pada pusingan pertama.

Impian naib juara tahun lalu, Kenneth Low untuk membalas dendam di atas kekalahannya kepada Mike Corren pada perlawanan akhir berkecai apabila sekali lagi Corren, pilihan kedua kejohanan berjaya mengalahkannya.

Bagaimanapun kali ini ia dilakukan pada pusingan pertama. Corren tidak memberi peluang kepada Kenneth apabila mengalahkannya dalam straight set 15-14, 15-10, 15-15 pada pertemuan ini.

Marcus Yeap turut dikalahkan oleh Cameron White dari Australia, 15-9, 15-7, 15-2.

Marcus yang merupakan pemain daripada pusingan kelayakan gagal menghalang ketangkasan pemain pilihan keenam itu yang kini menduduki ranking ke-65 dunia.

Timothy Arnold turut kecundang di tangan pemain pilihan pertama, Tommy Berden dari Belanda 15-7, 15-3, 15-5.

Tricia Chuah, seorang lagi pemain wanita negara turut turut gagal ke suku akhir apabila dia ditewaskan oleh pemain dari Australia, Dianne Desira yang merupakan pilihan keenam kejohanan.

Desira yang menduduki ranking ke-57 dunia berjaya memenangi pertemuan itu dengan 6-9, 9-0, 9-3, 9-3.

KEPUTUSAN
LELAKI:
Tommy Berden (NED) kln TIMOTHY ARNOLD (MAS) 15-7, 15-3, 15-5; Shamsul Islam Khan (PAK) kln Mark Price (AUS) 15-11, 15-9, 15-10; Mike Corren (AUS) kln KENNETH LOW (MAS) 15-14, 15-10, 15-15; Marcus Smith (Aus) kln Muhammad Ilyas (PAK) 15-11, 16-15, 15-4; Cameron Pilley (AUS) kln Andre Holderregger (SUI) 15-7, 15-1, 15-3, 15-14, 15-8; Cameron White (AUS) kln MARCUS YEAP (MAS) 15-9, 15-7, 15-2; Gavin Jones (WAL) kln John Rooney (IRL) Menang Percuma; MOHD AZLAN ISKANDAR (MAS) kln KELVIN HO (MAS) 15-8, 15-8, 15-10

WANITA:

Carol Owens (NZ) kln Mame Nishio (JPN) 9-1, 9-1, 9-0; Christina Mak (HKG) kln Soha Mohamed (EGY) 9-1,9-0,9-0; Rebecca Chiu (HKG) kln Karen Kronemeyer (NED) 9-2, 9-1, 6-9, 9-8; Dianne Desira (Aus) kln TRICIA CHUAH (MAS) 6-9, 9-0, 9-3, 9-3; Wendy Maitland (SCO) kln Farrah Sterne (RSA) 9-0, 9-3, 9-0, 9-5.

SHARON WEE (MAS) kln Miyuki Adachi (JPN) 9-0,9-1, 9-1; Tegwen Malik (WAL) kln Amelia Pittock (AUS) 9-3, 6-9, 5-9, 9-2, 9-4; Natalie Grinham (AUS) kln Elise Ng (HKG) 9-0, 9-1, 9-1.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cc2l5UhY

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan