ARKIB : 04/11/2007
Nicol David kembali memperoleh
keyakinan apabila menjuarai Terbuka Qatar dengan menewarkan Natalie Grainger
9-6, 9-4, 10-9 di Kompleks Skuasy, Doha, semalam. Bernama.
KUALA LUMPUR Pemain nombor
satu wanita negara dan dunia, Nicol Ann David muncul juara Qatar Klasik selepas
menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Natalie Grainger pada perlawanan akhir
di Kompleks Skuasy Khalifa di Doha, semalam.
Kemenangan menerusi permainan
terus 9-6, 9-4, 10-9 dalam masa 43 minit itu meletakkan Nicol kembali berada di
landasan kebangkitan semula.
Selepas mempamerkan kemerosotan
mendadak dalam dua kejohanan utama sebelum ini iaitu Terbuka Britain dan
Terbuka Dunia, pemain kelahiran Pulau Pinang ini menebusnya dengan persembahan
cukup berbeza dan bertenaga.
Kini apa yang perlu dilakukan
Nicol adalah mengekalkan prestasinya untuk menguasai pentas saingan yang lebih
mencabar selepas ini.
Paling manis di Qatar Klasik
ini ialah kejayaannya menewaskan seteru utama yang juga pemain nombor dua dunia
dari Australia, Rachael Grinham di separuh akhir.
Ia bukan sekadar kemenangan
biasa sebaliknya turut menebus kekalahan Nicol di tangan Rachael pada
perlawanan akhir Terbuka Britain, dua minggu lalu.
Selain itu, kejayaan semalam
juga memberi tanda akan kebangkitan Nicol untuk memulihkan imejnya selepas
tewas di tangan pemain New Zealand, Shelly Kitchen di pusingan kedua Terbuka
Dunia di Madrid, Sepanyol, minggu lalu.
Sementara itu, dalam acara
perseorangan lelaki, Amr Shabana dari Mesir menepati statusnya sebagai pemain
nombor satu dunia dengan muncul juara.
Amr menewaskan pemain Perancis,
Gregory Gaultier 11-4, 8-11, 11-6, 11-5 dalam masa 52 minit pada perlawanan
akhir itu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vlG3rRqr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan