ARKIB : 11/08/2007
KUALA LUMPUR Malaysia
mencipta kejutan dengan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Remaja
Perempuan Dunia selepas menumpaskan pilihan ketiga, New Zealand 2-1 pada
separuh akhir di Pusat Skuasy Boundary Street, Kowloon, Hong Kong, semalam.
Skuad negara yang diletakkan
sebagai pilihan kelima akan membuat penentuan juara kejohanan pada hari ini
dengan penyandang 2003, Mesir yang menewaskan juara bertahan, Hong Kong 3-0
pada satu lagi separuh akhir.
Gandingan bersaudara, Low Wee
Wern dan Low Wee Nee memastikan kemaraan Malaysia biarpun New Zealand
mendahului menerusi Lana Harrison yang menumpaskan Pushppa Devi 3-2 (9-5, 7-9,
9-6, 7-9, 9-6) dalam tempoh 68 minit.
Wee Wern menyamakan 1-1 apabila
membenam Joelle King 3-1 (7-9, 3-9, 9-7, 5-9) hampir sejam sebelum Wee Nee
membenam Kerry Wickett 3-1 (7-9, 9-3, 0-9, 6-9) selepas lebih setengah jam.
Terdahulu Malaysia turut
mengejutkan pilihan kedua, England 2-1 selepas bertarung selama 127 minit pada
perlawanan suku akhir di Pusat Skuasy Cornwall Street Park, Kowloon Tong.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4vO9rZcLQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan