Selasa, 10 Oktober 2017

Nicol mara ke akhir Masters Singapura



 
ARKIB : 04/08/2007
Nicol mara ke akhir Masters Singapura
MANTAP...pemain nombor satu dunia, Nicol David mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan kedua, Rachael Grinham pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura CIMB di Pusat Skuasy Kallang, semalam. – Bernama.

JOHOR BAHARU - Nicol David mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura CIMB di Pusat Skuasy Kallang, semalam dan bersedia merebut gelaran kejuaraan baru itu.

Nicol, juara dunia berusia 23 tahun, menewaskan pemain Australia, Rachael Grinham 9-2, 9-2, 9-1 dalam masa 23 minit pada pertemuan separuh akhir, semalam dan akan bertemu dengan adik Rachael, Natalie pada perlawanan akhir, hari ini.

Natalie, pilihan kedua mengalahkan Tania Bailey dari England pada satu lagi perlawanan separuh akhir dengan keputusan 9-6, 9-6, 9-1 dalam masa 46 minit.

Hadiah AS$6,500 milik juara kejohanan bakal menjadi rebutan antara kedua-dua pemain utama skuasy dunia masa kini tetapi bagi Nicol, ia lebih daripada wang tunai berkenaan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu pastinya ingin meletakkan Singapura dan Wanita Master 2007 dalam senarai kejohanan yang dimenanginya bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia yang tiada tolok bandingnya.

Kejayaannya mengalahkan Rachael, semalam menunjukkan hasratnya untuk mengekalkan prestasi kemenangan.

Sebagaimana yang diucapkannya selepas perlawanan itu: ‘‘Saya mengekalkan tumpuan sepanjang permainan kerana saya tidak mahu membiarkan Rachael mempunyai peluang untuk melawan semula, satu keupayaan yang ada padanya.

‘‘Dan saya akan melakukan perkara yang sama pada perlawanan akhir esok. Saya mulai berasa selesa dengan keadaan gelanggang sekarang dan saya tidak menjangkakan akan menghadapi satu perlawanan yang mudah semasa menentang Natalie.

‘‘Anda semua tahu apa yang boleh dilakukannya. Lagi pun, beliau pernah mengalahkan saya semasa perlawanan akhir Terbuka Seoul tiga bulan lepas.”

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4v7Aqa6tE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan