ARKIB : 05/08/2007
JOHOR BAHARU Pemain nombor
satu dunia, Nicol David, semalam menambah satu lagi gelaran juara dalam senarai
pencapaiannya apabila memenangi Kejohanan Masters Wanita Singapura CIMB dengan
mengalahkan pemain Australia, Natalie Grinham 9-6, 9-5, 9-5.
Nicol, 23, mengetepikan pemain
nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir yang mengambil masa 54 minit bagi
meraih hadiah AS$6,650.
Kemenangan melalui straight set
ini sudah pasti amat bermakna bagi Nicol kerana selama ini, Grinham memberi
cabaran sengit kepadanya.
Anda dapat lihat bahawa sejak
mula lagi dia merancang permainannya.
Dia mahu mengasak saya selama
yang mungkin. Tapi, saya bersedia. Rancangannya ialah supaya saya cuba membalas
setiap pukulannya dan bukan ada apa-apa yang istimewa.
Kunci kejayaan saya ialah
mengekalkan disiplin dan tidak membenarkannya mengganggu rentak saya, kata
Nicol.
Minggu lepas, Nicol menjuarai
Terbuka Malaysia setelah mengalahkan Tania Bailey dari England dan
kemenangannya hari ini menguatkan lagi kedudukan Nicol untuk terus berada di
kedudukan teratas.
Dua minggu lagi, pemain berasal
dari Pulau Pinang ini akan berlepas ke tempat latihannya di Amsterdam bagi
membuat persiapan menghadapi Terbuka Belanda.
Bernama
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4vCVVp4De
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan