ARKIB : 03/09/2007
Nicol David (kiri) mengalahkan
Rachel Grinham dari Australia 9-4, 9-1, 9-6 hanya dalam masa 34 minit pada
Terbuka Belanda di Amsterdam, semalam.
KUALA LUMPUR Pemain nombor
satu dunia, Nicol David memberikan hadiah paling istimewa kepada rakyat
Malaysia sempena Kemerdekaan ke-50 dengan menjuarai skuasy Terbuka Belanda di
Amsterdam, semalam.
Nicol, 24, membuktikan
keghairahannya untuk tyerus memburu kejuaraan tidak mampu disekat apabila
menumpaskan pemain nombor tiga dunia, Rachel Grinham dari Australia 9-4, 9-1,
9-6 hanya dalam masa 34 minit.
Ini adalah kejuaraan kelima
buat juara dunia dua kali itu sepanjang 2007 selepas turut memenangi Qatar
Classic, Terbuka Kuwait, Terbuka Malaysia dan Terbuka Kuala Lumpur.
Malah, Nicol turut mencatat
kemenangan ke-14 berturut-turut ke atas Grinham untuk melebarkan rekod
pertemuan mereka kepada 14-2 sejak kali pertama bertemu pada 2004.
Bagi Nicol, beraksi di
Amsterdam tidak ubah seperti bermain di tempat sendiri kerana bandar raya
Belanda itu merupakan gelanggang latihan hariannya.
Saya amat gembira dengan
permainan yang dipamerkan sepanjang minggu ini, tetapi ada kelemahan kecil yang
perlu diperbaiki sebelum Terbuka Britain Britain (19-24 September) yang
merupakan antara keutamaan saya tahun ini.
Bagaimanapun semua persiapan
berada di landasan terbaik menjelang Terbuka Dunia di Madrid (21-27 Oktober).
Saya berharap untuk memenanginya sekali lagi, kata Nicol.
Nicol, yang dipaksa mengharungi
perlawanan mendebarkan ketika melepasi cabaran pemain Ireland, Madeline Perry
8-10, 9-6, 9-3, 9-7 pada suku akhir, sekali lagi berdepan aksi mencemaskan
semalam apabila ketinggalan 0-3 di set pertama.
Bagaimanapun, Grinham tidak
mampu untuk menyekat Nicol sebaik pemain Malaysia itu berjaya menyamakan
kedudukan 4-4, dan memenangi set pembukaan 9-4.
Grinham mencuba pelbagai jenis
hantaran dan pukulan pada set kedua, namun ia hanya mampu menyumbangkan satu
mata selepas Nicol berjaya membalas semua hantaran dengan baik.
Nicol sekali lagi ketinggalan
pada set ketiga, namun dia berjaya bangkit daripada kedudukan 5-6 sebelum
menamatkan permainan lebih awal tanpa perlu dibawa ke set tambahan.
Rentak permainan Nicol jauh
lebih pantas, saya menghadapi kesukaran pada setiap masa. Di set kedua dia mula
melakukan banyak hantaran silang, memaksa saya berlari ke seluruh gelanggang.
Saya terpaksa memperlahankan
permainan di set ketiga untuk menyimpan tenaga, selain cuba mematahkan rentak
permainannya. Begitu pun, ia hanya bertahan sementara kerana Nicol sentiasa
mampu mengejar saya, kata Natalie.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4vYRTR1Jz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan