ARKIB : 01/11/2008
KUALA LUMPUR - Ratu skuasy
negara, Datuk Nicol David merangkul kejuaraan kesembilannya tahun ini apabila
menjuarai Terbuka Qatar Klasik di Khalifa International Tennis & Squash
Complex, Doha, semalam.
Pada perlawanan akhir
perseorangan wanita itu, Nicol, 25, menewaskan pemain kelahiran Australia yang
mewakili Belanda, Natalie Grinham 11-7, 11-3, 11-9 dalam masa 30 minit.
Ini merupakan kemenangan ke-11
Nicol daripada 12 pertemuannya dengan Natalie sejak dua tahun yang lalu.
Kejayaan itu sekaligus melebarkan
rekod kemenangan Nicol kepada 53 perlawanan tanpa kalah setakat ini.
Manakala kejuaraan yang
diraihnya semalam adalah kejuaraan hatrik di kejohanan itu untuk tahun ketiga
berturut-turut.
Sebelum ini sepanjang 2008,
Nicol turut meraih gelaran juara di Terbuka Dunia, Apawamis, Terbuka Kuala
Lumpur, Terbuka British, Terbuka Seoul, Terbuka Malaysia, Singapura Masters dan
Terbuka Belanda.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz512TvHdD0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan