ARKIB : 23/11/2008
KUALA LUMPUR - Pemain nombor
satu dunia, Datuk Nicol David hanya selangkah lagi daripada merangkul kejuaraan
ke-10 berturutturut musim ini selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir
Terbuka Hong Kong, semalam.
Juara dunia itu menepati
ramalan dengan menyingkirkan pilihan keempat dari Amerika Syarikat, Natalie
Grainger 11-8, 11-9, 11-5 pada separuh akhir.
Kemenangan tersebut bukan saja
melebarkan rekod pertemuan Nicol ke atas Grainger kepada 12-1, malah memastikan
Pemain Terbaik Dunia itu mengharungi 57 perlawanan tanpa kalah.
Nicol, 25, yang turut memburu
kejuaraan hatrik Terbuka Hong Kong kini akan menentang musuh tradisi, Rachael
Grinham dari Australia.
Rachael, pilinan kedua
menyingkirkan adiknya, Natalie Grinham 11-1, 11-7, 11-6 dalam satu lagi
perlawanan separuh akhir.
Sementara itu, pemain lelaki
nombor satu dunia, Amr Shabana turut berada di landasan terbaik untuk merangkul
kejuaraan hatrik di Hong Kong apabila menyingkirkan bekas juara dunia, Thierry
Lincou dari Perancis 7-11, 11-3, 11-3, 11-4.
Shabana akan menentang pilihan
kedua, Gregory Gaultier juga dari Perancis yang mara selepas menundukkan pemain
England, James Willstrop 11-4, 8-11, 11-7, 11-2
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz518iFFace
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan