ARKIB : 29/10/2008
KUALA LUMPUR - Juara dunia tiga
kali, Datuk Nicol David menghampiri kejuaraan hatrik Qatar Classic selepas melangkah
ke suku akhir di Doha, semalam.
Jaguh skuasy nombor satu dunia
itu yang memburu kejuaraan antarabangsa kesembilan berturut-turut tahun ini
menang mudah 11-4, 11-7, 11-6 ke atas pilihan ke-15, Engy Kheirallah dari
Mesir.
Nicol, 24, kini melebarkan rekod
tanpa kalah kepada 45 perlawanan berturut-turut, sekali gus menepati status
sebagai Pemain Terbaik Dunia 2008.
Kemenangan yang dicatat dalam
masa 26 minit itu bakal menemukan Nicol dengan pilihan ketujuh dari England,
Alison Waters.
Waters mara selepas menundukkan
pemain Australia dan pilihan ke-10, Kasey Brown 11-4, 11-7, 11-6.
Turut meneruskan cabaran adalah
pilihan keempat, Natalie Grainger dari Australia, yang dipaksa bekerja keras
untuk menundukkan pemain Belanda, Annelize Naude 13-11, 13-11, 12-10.
Menanti Grainger di suku akhir
adalah pilihan kelapan, Omneya Abdel Kawy, yang mengejutkan pilihan kelima,
Jenny Duncalf dari England 12-10, 11-8, 8-11, 12-10.
Dalam saingan lelaki, juara
dunia dan pilihan ketiga, Ramy Ashour dari Mesir meneruskan cabaran k e suku
akhir selepas mengetepikan rakan senegara, Tarek Momen 11-6, 11-7, 7-11, 11-5.
Turut mara pemain nombor satu
dunia, Amr Shabana, juga dari Mesir, yang menundukkan pemain Sepanyol, Borja
Golan 11-9, 11-5, 9-11, 11-9.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz51204vY2H
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan