Rabu, 13 Disember 2017

Nicol ke suku akhir

ARKIB : 21/11/2008
KUALA LUMPUR - Hanya ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang terus mengibarkan Jalur Gemilang pada Terbuka Hong Kong sementara dua pemain lelaki, Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee masing-masing terkandas pada pusingan kedua, semalam.

Nicol, juara dunia dan pilihan utama kejohanan di Pusat Skuasy Hong Kong itu, mara ke suku akhir selepas menjinakkan pemain tuan rumah, Rebecca Chiu 11-8, 11-5, 8-11, 11-2 dalam tempoh 34 minit untuk menghadapi Omneya Abdel Kawy, hari ini.

"Penonton begitu lantang menyokongnya di sini.

Saya rasa kami telah menyajikan satu persembahan yang bagus untuk mereka. Namun saya sedar saya perlu bermain dengan rentak saya," kata Nicol
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_10.htm#ixzz518TEaGzN

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan