Isnin, 11 Disember 2017

Nicol juara dunia kali ketiga

ARKIB : 19/10/2008
19/10/2008 10:45pm

KUALA LUMPUR 19 Okt - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bangkit daripada tewas pada set pertama untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali ketiga di Manchester, England sebentar tadi.

Pemain nombor satu dunia itu mengetepikan tekanan beraksi depan penonton yang berpihak kepada Vicky Botwright apabila menundukkan pemain harapan tuan rumah itu 5-11, 11-1, 11-6, 11-9.

Kemenangan ini membolehkan Nicol, yang turut muncul juara dunia 2005 dan 2006 melebarkan rekod tanpa kalah kepada 43 perlawanan berturut-turut, selain merangkul kejuaraan kelapan musim ini. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz50xHG2uKV

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan