ARKIB : 28/07/2005
Nicol dipaksa bekerja keras
sebelum menang
Nicol Ann David (kiri) membalas
pukulan lawannya dari Scotland, Pamela Nimmo pada perlawanan pusingan pertama
Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Bukit Jalil, Kuala
Lumpur, semalam. Nicol menang 9-5, 9-4, 9-6.
KUALA LUMPUR - Nicol David yang
masih segar dengan kejayaan memenangi emas pada Kejohanan Sukan Dunia, minggu
lalu diberi tentangan sebelum menang ke atas pemain bukan pilihan Pamela Nimmo
9-5, 9-4, 9-6 semalam untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka
Malaysia-CIMB di Bukit Jalil.
Walaupun mempamerkan aksi gugup
sejurus perlawanan set pertama dengan kerap membuat kesilapan sehingga pemain
Scotland itu berjaya mengekori rapat tetapi Nicol memperbaiki persembahan untuk
menamatkan perlawanan dengan 9-5.
Aksi yang hampir serupa
berterusan pada dua set berikutnya tetapi pengalaman memisahkan pemain ranking
ketiga dunia, Nicol untuk menewaskan Pamela 9-4, 9-6.
``Pamela beraksi dengan baik
dan mengambil peluang dari beberapa kesilapan yang saya lakukan.
``Tetapi saya tidak memberi
peluang setiap kali dia cuba mengikat mata. Keputusan hari ini (semalam) baik
untuk saya beraksi pada suku akhir hari ini,'' katanya.
Nicol yang berusaha untuk
muncul juara tempatan pertama sejak 1975, akan bertemu pilihan ketujuh, Shelley
Kitchen dari New Zealand di separuh akhir hari ini.
Shelley mengesahkan tempat ke
suku akhir selepas menewaskan Latasha Khan dari Amerika Syarikat 9-1,9-1,9-1.
Terdahulu, seorang lagi pemain
negara, Sharon Wee seperti dijangka menamatkan saingan lebih awal apabila tewas
kepada pilihan pertama kejohanan, Rachael Graham 9-0, 9-2, 9-1.
Nicol dijangka bertemu Rachael
yang ditewaskan pada kejohanan Sukan Dunia di separuh akhir esok.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ikxQ2nl8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan