ARKIB : 20/07/2005
DUISBURG, Jerman - Pemain
skuasy wanita nombor satu negara, Nicol David memastikan pingat emas pertama
Malaysia apabila menewaskan pilihan utama, Rachael Grinham dari Australia pada
perlawanan akhir acara skuasy pada Sukan Dunia di sini, semalam.
Kejayaan Nicol memastikan
pingat emas pertama Malaysia selain gandingan pemain boling, Shalin Zulkifli
dan Zulmazran Zulkifli menyumbang pingat perak dalam acara beregu campuran.
Nicol pemain ranking ketiga
dunia mencapai kemenangan mudah dengan straight set 9-4, 10-9, 9-1 untuk
menghampakan pemain dari Australia.
Kejayaan Nicol itu memang sudah
diramalkan memastikan pingat emas pertama negara pada sukan tersebut.
Pada peringkat separuh akhir,
Nicol menewaskan Linda Elriani dari England 9-6, 10-8, 9-6 bagi kemenangan
kedua ke atas pemain berusia 33 tahun itu dalam tempoh sebulan.
Sementara itu, gandingan Shalin
Zulkifli dan Zulmazran Zulkifli gagal mengikut jejak langkah Nicol apabila
sekadar meraih pingat perak.
Gandingan pemain negara yang
cuba memburu pingat emas yang pernah dimenangi pada 1997 menerusi Daniel Lim
dan Sharon Low akur dengan kehebatan pasangan dari Perancis, Isabelle Saldjian
dan Francois Sacco pada peringkat akhir stepladder akhir.
Hanya 36 jatuhan pin menjadi
jarak pemisah buat gandingan Shalin dan Zulmazran akur dengan kehebatan
pasangan dari Perancis untuk meraih pingat emas acara boleh beregu campuran.
Gandingan pemain negara sekadar
melakukan 792 jatuhan pin manakala pasangan dari Perancis itu pula membuat 828
jatuhan pin.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ijxDrfoN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan