Khamis, 1 Jun 2017

Beng Hee, Nicol ke suku akhir



ARKIB : 18/07/2005

DUISBURG, Jerman - Dua pemain perseorangan utama negara, Ong Beng Hee dan Nicol David mudah melayakkan diri ke suku akhir acara skuasy lelaki dan wanita pada Sukan Dunia yang berlangsung di sini, semalam.

Beng Hee yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh menewaskan pemain Afrika Selatan, Rodney Durbach dalam perlawanan yang berlanjutan hingga empat set.

Selepas tewas set pertama, Beng Hee bangkit dalam tiga set berikutnya untuk menang 6-9, 9-4, 9-4, 9-4 dalam masa satu jam 10 minit.

Dengan kemenangan itu, Beng Hee akan menentang pilihan ketiga, James Willstrop dari Britain di suku akhir, hari ini.

Willstrop menewaskan pemain Jerman, Patrick Gaessler 9-3, 9-4, 9-6 di pusingan pertama semalam.

Sementara itu, Nicol pula jelas terlalu handal buat pemain berusia 17 tahun dari Afrika Selatan, Tenille Swartz.

Pemain negara yang diletakkan sebagai pilihan kedua itu hanya mengambil masa 25 minit untuk menang 9-5, 9-3, 9-0 untuk layak ke suku akhir.

Lawan Nicol di suku akhir nanti ialah pemain Amerika Syarikat, Latasha Khan yang menewaskan pemain Denmark, Ellen Petersen 9-7, 9-4, 9-3.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ijqJ1FsZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan