ARKIB : 03/12/2005
HONG KONG - Pemain perseorangan
skuasy wanita negara, Nicol Ann David semakin hampir untuk merealisasikan
impian menjadi pemain pertama Malaysia dan Asia merangkul kejuaraan dunia
apabila layak ke separuh akhir, semalam.
Nicol, 23, kini hanya dua
langkah sahaja lagi untuk bergelar juara dunia selepas menang di suku akhir.
Pemain itu yang diletakkan
sebagai pilihan ketiga pada kejohanan dunia kali ini, menang menerusi permainan
terus ke atas pemain England, Linda Elriani 9-4, 9-7, 9-7.
Kemenangan itu membolehkan
Nicol menempah pertemuan dengan pemain pilihan kedua, Vanessa Atkinson dari
Belanda.
Vanessa ke separuh akhir
selepas menewaskan pemain England, Vicky Botwright 9-6, 9-0, 9-7.
Satu lagi separuh akhir bakal
menyaksikan pertemuan antara dua adik beradik dari Australia, Rachael dan
Natalie Grinham.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4jOkFT5Rv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan