Jumaat, 23 Jun 2017

Nicol ke separuh akhir



ARKIB : 19/03/2006
Ads by Kiosked

MELBOURNE - Pemain nombor satu dunia, Nicol David meneruskan pemburuan pingat emas apabila mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Tania Bailey dari England pada suku akhir skuasy perseorangan wanita semalam.

Nicol, 23, yang juga juara dunia dan pilihan pertama temasya memerlukan 45 minit untuk menyingkirkan Bailey, pilihan kelapan 9-6, 10-9, 9-3.

Juara Terbuka Britain itu kini akan menentang pemain nombor empat dunia dan pilihan ketiga, Natalie Grinham dari Australia dalam perlawanan yang dianggap paling menarik di separuh akhir hari ini.

Grinham mara selepas menewaskan pilihan ketujuh dari Ireland Utara, Madeline Perry 9-1, 9-7, 4-9, 9-3 pada saingan suku akhir.

``Tania adalah pemain yang amat berbahaya terutama apabila anda memberi masa kepadanya untuk memukul bola, jadi anda perlu sentiasa memaksanya berlari ke belakang.

``Apa pun saya bermain baik hari ini biarpun ketinggalan di set kedua. Dia tinggalkan saya 8-6 sebelum saya mengejar pada kedudukan 8-8,'' kata Nicol.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Grinham pada separuh akhir hari ini, Nicol berkata, ia pasti menjanjikan aksi paling menarik.

``Natalie memang sukar untuk dikalahkan... dia sentiasa memberikan tentangan terbaik, dan saya tidak ada pilihan selain bermain dengan sebaik mungkin.

``Bermain pada Sukan Komanwel memang sesuatu yang mengagumkan dan saya sedia memberi cabaran 100 peratus untuk memburu pingat emas,'' kata Nicol.

- Mingguan

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4koWCx6G3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan