ARKIB : 03/08/2006
PULAU PINANG Ratu skuasy
negara, Nicol David menepati ramalan apabila mudah melangkah ke suku akhir
Kejohanan Wanita Terbuka Hotel Equatorial Pulau Pinang di sini, semalam.
Setelah lima tahun tidak
beraksi di negeri kelahirannya, Nicol mengambil masa selama 21 minit untuk
menewaskan pemain bukan pilihan dari England, Jenna Gates dengan 9-0, 9-3, 9-0.
Kejohanan anjuran rangkaian
Hotel Equatorial bersama Persatuan Raket Skuasy Pulau Pinang itu menawarkan
keseluruhan hadiah bernilai RM72,000 (AS$20,000).
Nicol akan bertemu rakan
senegara Tricia Chuah hari ini yang terdahulu menewaskan Siti Munirah Jusoh,
juga dari Malaysia 9-0, 9-0 dan 9-1.
Sementara itu, pemain nombor
tiga dunia, Rachael Grinham dari Australia dan Rebecca Chiu dari Hong Kong
turut layak ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan lawan masing-masing.
Dalam saingan suku akhir hari
ini, Rebecca Chiu dari Hong Kong akan bertemu rakan senegaranya, Christina Mak
manakala Raneem El Weleily dari Mesir bertemu pemain Malaysia, Sahron Wee.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4lO9hGobJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan