ARKIB : 28/07/2006
Ads by Kiosked
Nicol mara ke suku akhir
Nicol David (kanan) mara ke
pusingan suku akhir selepas mengalahkan Shelley Kitchen dari New Zealand dalam
Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Squasy Negara, Bukit Jalil, semalam.
Gambar ABD RAHMAN SALEH.
KUALA LUMPUR Juara bertahan,
Nicol David mengetuai tiga daripada lima pemain negara yang mara ke pusingan
suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit
Jalil, semalam.
Semalam, Nicol yang baru
bergelar juara Terbuka Qatar Airways dan dua jaguh lelaki, Ong Beng Hee dan
Azlan Iskandar mengorak langkah kanan dari pusingan pertama kejohanan yang
bernilai AS$58,750 (RM215,788).
Dua lagi pemain lelaki dan
wanita negara, Mohd. Nafiizwan Adnan dan Tricia Chuah bagaimanapun gagal
mengikuti jejak mereka setelah kecundang mudah kepada lawan masing-masing,
hanya dalam tempoh 20 minit.
Nicol, pemain nombor dua dunia,
hanya mengambil kurang setengah jam untuk menewaskan pemain New Zealand,
Shelley Kitchen 9-4, 9-2, 9-6 dengan penuh keyakinan dan semangat.
Kemenangan ini sekali gus
membalas dendam kekalahannya kepada Shelley yang meragut pingat gangsa pada
perlawanan penentuan Sukan Komanwel Melbourne, Mac lalu.
Beng Hee mengecewakan
Nafiizwan, juara Sukan SEA Filipina, tahun lalu 11-6, 11-7, 11-7 dalam tempoh
21 minit sementara Azlan menundukkan Saurav Ghosal dari India 11-8, 11-9, 11-9
selepas 35 minit.
Beng Hee, pilihan kedua dan
nombor 13 dunia, akan menghadapi Cameron Pilley dari Australia dalam suku akhir
hari ini yang menundukkan pemain Belanda, Dylan Bennett 11-4, 11-4, 11-10
(2-0).
Sementara itu, Tricia yang
memasuki pusingan pertama menerusi wild card, ternyata bukan tandingan pemain
nombor empat dunia, Rachael Grinham dari Australia.
Dia yang berguru dengan Liz
Irving yang melatih Nicol, tunduk dengan mudah 1-9, 0-9, 1-9 dalam tempoh 19
minit kepada Rachael yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel.
Nicol pada sidang akhbar
selepas itu berkata, Shelley tetap bukan lawan yang mudah ditundukkan dalam
usaha menggenggam tiket ke suku akhir kejohanan kedua antarabangsanya sejak
hambar di Melbourne.
Kemenangan ini satu permulaan
yang baik sekalipun agak liat untuk menewaskannya, katanya.
Menurut Irving pula: Tiga
bulan dia berlatih bersama saya sejak Komanwel dan hasilnya cukup positif
setakat ini.
Saya mengesan peningkatan pada
persembahannya dan berharap ia berterusan dalam kejohanan sebesar dan segetir
ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4lNcpJvRr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan