BERNAMA

HASRAT ratu skuasy negara,
Datuk Nicol David ke separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy
Profesional (PSA) Dunia musnah selepas tewas kali kedua berturut turut
peringkat kumpulan di Dubai, hari ini.
Kegagalan menyaksikan Nicol
yang menduduki ranking keenam dunia, terus gagal dalam usaha memburu gelaran
pertama pada siri Jelajah Dunia musim ini.
Nicol dalam Kumpulan B akur
dengan kehebatan pemain pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir
apabila tewas 6-11, 9-11 dalam perlawanan kedua kumpulan.
Menurut laporan
www.worldseriesfinals.com. Pada Selasa lalu, beliau dikecewakan pemain England,
Laura Massaro 10-12, 10-12 pada pembukaan kumpulan.
Bekas pemain nombor satu dunia
itu dijadual bertemu pemain ranking ketujuh dunia dari England, Sarah-Jane
Perry untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan dijadual berlangsung
awal pagi esok.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 2:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan