ARKIB : 29/07/2005
KUALA LUMPUR - Ratu skuasy
negara, Nicol David melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka
Malaysia selepas mudah menundukkan pilihan ketujuh, Shelly Kitchen dari New
Zealand 9-6, 9-0, 9-1 di Kompleks Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam.
Nicol, 21, naib juara tahun
lalu bagaimanapun bakal berdepan cabaran sukar pemain nombor satu dunia,
Rachael Grinham dari Australia pada separuh akhir hari ini.
Grinham, yang tewas 4-9, 8-10,
1-9 kepada Nicol ketika kedua-dua pemain bertemu dalam perlawanan akhir Sukan
Dunia minggu lalu mara selepas mengetepikan pilihan kelima, Linda Elriani dari
England 9-7, 9-10, 9-4, 9-4.
Satu lagi perlawanan separuh
akhir akan menemukan penyandang juara dan pilihan kedua, Vanessa Atkinson dari
Belanda dan pilihan keempat, Natalie Grinham dari Australia.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4il07xUK8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan