ARKIB : 05/02/2006
Ads by Kiosked
Nicol lepasi halangan
KUALA LUMPUR - Ratu skuasy
negara, Nicol David mengorak langkah kanan ke arah memburu gelaran kedua
antarabangsanya tahun ini dengan melepasi pusingan pertama Terbuka Apawamis,
kelmarin.
Pemain kelahiran Pulau Pinang
itu menewaskan Annelize Naude dari Belanda 9-3, 9-1, 9-6 di Kelab Apawamis,
Rye, New York, sekali gus mara ke suku akhir, hari ini (1 pagi waktu Malaysia).
Lawan Nicol seterusnya ialah
pemain Mesir, Engy Kheirallah yang mengejutkan rakan senegaranya, Omneya Abdel
Kawy yang juga pilihan keenam kejohanan, 10-8, 3-9, 9-1, 5-9, 10-8.
Nicol, pemain nombor satu dunia
yang juga pilihan utama kejohanan bernilai AS$40,000 (RM149,860) ini, menjuarai
Kejohanan Profesional CB Richard Ellis Investors di Los Angeles yang melibatkan
empat pemain terbaik wanita, bulan lalu.
Dalam persaingan pembuka tirai
sirkit Persatuan Pemain Profesional Skuasy Antarabangsa Wanita (WISPA) 2006
yang berformat round robin itu, Nicol memenangi kejohanan amal untuk Wishful
Thinking Amerika Syarikat.
Dia menewaskan pemain nombor
lima dunia, Natalie Grainger dari Amerika Syarikat, 9-6, 9-0, 10-8; Rachael
Grinham dari Australia 2-9, 9-6, 9-7, 9-7 dan musuh ketat dari Belanda, Vanessa
Atkinson 9-7, 9-5, 9-7.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4jgqxLtPQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan